Apakah maksud Penyakit Berjangkit? Penyakit berjangkit ini adalah istilah umum yang merujuk kepada penyakit yang disebabkan oleh mikro-organisma yang disebarkan dari manusia ke manusia (dari kahak, STD, hepatitis), atau daripada gigitan serangga (vektor) seperti nyamuk (denggi), atau melalui air dan makanan yang tercemar. ( WHO ) Mikro-organisma Mikro-organisma pula adalah hidupan yang kecil (mikro) yang memerlukan bantuan visual mikroskop. Ilustrasi virus SARS-COV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19 – Photo by Fusion Medical Animation on Unsplash Mereka terdiri daripada Bakteria, Archea, Protozoa, Algae, fungi, virus dan sel multi-selular. Hidupan mikro-organisma ini sudah lama wujud di muka bumi dan interaksi antara manusia dan mikro-organisma telah berlaku sejak sekian lama. Fakta menarik – virus sebenarnya tidak dikira organisma hidup kerana ia sebenarnya adalah kod DNA/RNA yang menjangkiti sel perumah. Setiap permukaan badan kita atau di dalam rongga dan u...
Posts
Showing posts from September, 2021